Antara sahabat yg paling lama aku kenal . Dari kecil sampailah sekarang , namun kami masih tidak terbiasa . Kenapa boleh jadi macam tuh ?? Mungkin disebabkan banyak faktor . Pertama , Faiz nie pendiam dan tak banyak cakap . Kedua , beliau tidak gemar mencampuri urusan orang lain . Ketiga , beliau lebih suka bersendiri . Mungkin disebabkan sikapnya yg hambar dgn teman-teman yg lain membuatkan beliau sering diketepikan . Bukan kerana bergaduh atau mengapa , tetapi kerana pendiriannya yg tersendiri membuatkan kami termasuk saya was-was utk berbicara rapat tentangnya . Kalau dipandang dari perspektif saya , sebenarnya Faiz nie lebih gemar bergaul dgn group dihapan , seperti Hazari , Hafiz Rozman , Haadzal , Amirul Hisyam , dan Izaidi Izzat . Bagi saya , kelainan yg ditonjolkan Faiz wajar dicontohi . Pernah akhir-akhir ini(ketika di Form 5 dulu) saya terfikir , alangkah baiknya aku seperti Faiz dan semua yg berada dikelas 5Beta ketika itu , alangkah moleknya sekiranya mereka semua bersikap seperti Faiz . Kalau saya memberi pendapat melalui apa yg saya dengar sendiri dari kata-kata beliau , secara jujurnya saya dapat utarakan disini beliau amat aktif dalam semua sudut , kecuali berbual-bual kosong didalam kelas . Sebut pasal sukan , badminton mahupun bolasepak , semua itu sudah sebati dgn dirinya . Tubuh yg kecil bukan penghalang utk berjaya . Dari segi pelajaran pula , saya pernah berbicara lanjut dengannya tentang itu dan beliau sendiri pun tidak menafikan bahawa beliau lebih suka menumpukan pelajarannya kepada subjek-subjek yg tertentu contohnya seperti Kimia dan Mathemathics . Dan memang terbuktilah , bahawa sesungguhnya beliau amat mahir dalam kedua-dua subjek terbabit . Sememangnya itulah yg sering menjadi harapannya dalam peperiksaan SPM 2010 . Dan saya disini juga mendoakan mudah-mudahan beliau akan berjaya , bukan saja didunia bahkan juga diakhirat sana . Isyaallah !
2) Tidak terlalu menonjolkan diri dalam apa jua urusan .
3) Pandai dalam subjek Mathematics dan Chemistry .
4) Selalu masuk awal ketika subjek Biology .
5) Aktif dalam sukan .
0 comments:
Catat Ulasan